APAKAH ITU GOOGLE PAGE RANK ?

shares |



Mungkin ramai yang dah tahu. mungkin juga ramai yang tak tahu. jika tak tahu teruskan membaca. jika dah tahu teruskan membaca untuk berkongsi pendapat. bagi yang dah lama berkecimpung dalam bidang SEO ni mesti dah tau ape itu Google pagerank dan ape itu alexa rank. bagi yang tidak tahu ape itu SEO? pula

SEO adalah ringkasan untuk Search Engine Optimization (SEO) dalam bahasa melayu yang mudahnya adalah menyediakan laman web untuk ejen carian. tapi… kenapa perlu menyediakan web/blog untuk ejen carian? tujuannya adalah supaya apa bila sesuatu perkataan yang ditaip di ejen carian samada di Google atau sebagainya membolehkan blog kita berada di muka depan keputusan ejen carian, khususnya Google. kenapa aku pilih Google. sebab utama nya Google akan memperkenalkan Caffeine, ejen carian terbaru mereka dimana berkeupayaan mengindeks data 50% lebih pantas dari Google Search.

Apa itu Google Pagerank?

sebelum aku pergi lebih lanjut mengenai Google pagerank anda mesti paham dahulu bagaimana Google Search berfungsi. untuk mengetahui dengan lebih lanjut. sila lihat penjelasan mudah dari engineer Google, Matt Cutts mengenai bagaimana google berfungsi…




ok dah tahu bagaimana google search berfungsi? di sinilah pentingnya pagerank. tapi apakah itu pagerank?

Pagerank adalah score dari Google mengenai kepentingan sesebuah laman web. ianya dinilai dengan score dari 0 sampai 10. jika dilihat dalam video di atas, Matt Cutts menyatakan bahawa pagerank ditentukan oleh bilangan link yang ditujukan atau yang menghubungkan sesebuah laman web/blog.

jika banyak link yang ditujukan ke sesebuah laman web/blog menujukkan bahawa laman web/blog tersebut adalah penting dan mempunyai kepentingan yang tinggi. maka tinggi lah nilai pagerank laman web/blog tersebut. harus diingat bahawa bukan hanya faktor ini sahaja diambil kira, terdapat faktor lain.

Related Posts

0 komentar:

Posting Komentar