SEO ......

shares |

Pengenalan Kepada SEO


Apa Itu SEO

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi singgah ke Blog Mohd Isa. Cakap pasal SEO, pasti semua blogger di Malaysia sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan SEO. Tapi bukan CEO Aqua Holdings dalam drama Noktah Erna slot Samarinda TV3 tu ya.

Entri ini tidaklah sehebat mana berbanding dengan otai-otai blogger yang lain, malah entri ini pun sekadar gubahan daripada sebuah forum yang aku lepak. Sekadar ingin berkongsi dengan blogger lain yang ingin belajar SEO untuk meningkatkan trafik blog. Apa-apa pun jom layan. :)

Apa itu SEO?

Search Engine Optimization (SEO)” atau dalam terma bahasanya adalah “Pengoptimuman Enjin Carian” selalu dikaitkan dengan teknik-teknik untuk meningkatkan trafik atau pasaran sesuatu laman web atau blog. Ia sememangnya tepat kerana SEO membantu dalam mempromosikan sesuatu laman dan dalam masa yang sama menuntut kepakaran dari segi teknikal, sekurang-kurangnya memahami aturcara HTML.

SEO dikaitkan dengan teknik pemasaran menggunakan teks atau kandungan dalam satu laman web atau blog. Secara umum, SEO ditakrifkan sebagai aktiviti untuk mengoptimumkan satu laman web atau keseluruhan sistem laman supaya lebih mesra kepada agen carian seterusnya mendapatkan trafik tertinggi dalam satu siri penilaian.

Perkara pertama atau yang terpenting perlu diketahui oleh pembangun laman web atau blog walaupun semua teknik dan langkah SEO telah dilakukan tidak menjanjikan laman atau blog tersebut serta merta menduduki tahap tertinggi dalam trafik. Tetapi pengabaian terhadap perkara asas dalam SEO langsung tidak meningkatkan populariti laman.

Dalam kes ini, anda perlu menetapkan misi dan target dalam siri populariti, contohnya untuk satu kata kunci (keyword) pilihan, daripada 30 senarai tertinggi, ianya tersenarai pada tangga ke-10.

Walaupun SEO membantu dalam meningkatkan trafik laman tetapi ianya bukan satu iklan atau pengiklanan. Terdapat laman berbayar yang menyediakan perkhidmatan meningkatkan populariti sesuatu kata kunci (keyword), namun hakikatnya teknik SEO adalah menggunakan kata kunci yang popular dan relevan kepada isi kandungan artikel dan bukan kerana anda membayarnya.

SEO boleh dijadikan sebagai satu kerjaya baru dalam pembangunan laman web atau blog. Umumnya, teknik ini pada asasnya adalah bermain dengan kata kunci (keyword) sama ada menggunakan kata kunci yang popular atau menaikkan kata kunci yang luar biasa yang belum pernah digunakan.

Untuk melakukan semua itu, kita perlu memahami terlebih dahulu bagaimana Agen Carian (Search Engine – Bot) berfungsi dan bekerja. Jadi tunggu artikel seterusnya Bagaimana Agen Carian Berfungsi. Sabar menanti. :)

Kredit: Kripkorn Studios

Related Posts
Jika sebelum ini anda ada membaca entri saya sebelum ini mengenai pautan merupakan perkara penting dalam SEO pasti anda tahu entri kali ini berkisarkan mengenai apa. Kali ini saya akan terangkan sedikit mengenai pautan kembali atau lebih dikenali sebagai backlink. Bagi yang sudah mengetahui mengenai backlink atau pautan kembali ini, pasti ...

Related Posts

0 komentar:

Posting Komentar